Sunday 18 November 2012


Pada 28 Rejab 1342 H, daulah khilafah Islamiyah telah dijatuhkan dan sejak itu kaum muslim berpecah belah. Umat islam semakin lemah dan dikhianati serta dikerumuni seperti mengerumuni hidangan. Persoalannya, adakah umat islam hari ini lemah? Adakah kita semakin lemah? Tanyakan diri anda. 

 “ Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan. Umat islam akan lemah. Diatas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dipiring dan mengajak orang lain makan bersama.” 
                                                    ~ MUHAMMAD SAW ~

 Maka para sahabat pun bertanya, “ Apakah umat islam ketika itu menjadi takut dan musuh semakin kuat ?” 

Baginda menjawab, “ Bahkan umat islam pada hari itu banyak, tetapi TIDAK BERGUNA, TIDAK BERERTI dan TIDAK MENAKUTKAN MUSUH. Mereka ibarat buih dilautan..” 

 Sahabat ku sekalian, apa sebenarnya masalah kita?? Nabi kata kita lemah? Adakah anda setuju apabila saya mengatakan kita lemah, tersangatlah lemah? Lihat 5 realiti umat islam pada hari ini : 




(1) Hiburan yang sia-sia.

Kita lihat di Malaysia, banyak hiburan2 yang melalaikan golongan remaja dan kanak-kanak terutamanya. Langsung tidak mbantu membina rohani. Malahan rasa cinta pada hari akhirat juga semakin terhakis dalam diri, tetapi digantikan pula dengan cintakan dunia yang tidak kekal ini dan takut mati. 

Memang benar apa yang di katakan oleh Rasulullah S.A.W. sebelum Baginda wafat. Ini bukan secara kebetulan sahabatku, Baginda yang tidak pernah berjumpa mahupun bersua muka dengan umatnya pada zaman kini tahu apa yang akan terjadi setelah ketiadaan Baginda. Adakah kita layak mempertikaikannya lagi?

 Berapa banyak rancangan-rancangan melalaikan yang direka khas utk tontonan umat islam hari? Agaknya jika dinisbahkan dgn rancangan yang berfaedah adakah 1:2?Tipulah, mungkin 1:10. Takkan dunia kita nak score 10 dan akhirat Cuma 1? 

 “ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir?”
                                                                                                                (surah Al-An’am:32)

 Kita sama-sama perasaan hiburan di Malaysia semakin luar biasa,boleh dikatakan standing dengan hiburan barat. Adakah kita rasa cool apabila hiburan umat islam standing dengan pihak lawan? Tapi itulah realitinya. 

(2) Mangsa fesyen. 

Apa cerita ‘fesyen muslimah’ zaman kini pula? 
        “ Ramai yang bertudung, ok lah tu”. 
Dah kira ok ke jika setakat memakai tudung saja? Bagaimana pula dengan anggota badan yang lain? 

 “ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal ( sebagai perempuan baik-baik) maka mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” 
                                                                                                                          (surah Al-Ahzab:59) 

“ Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah s.w.t. akan memberi pakaian kehinaan di akhirat kelak .”
                                      (Riwayat Ahmad, An Nasa’I, Ibn Majah dan Abu Daud) 
(3) Zina berleluasa. 

 Rasulullah S.A.W. bersabda; 
 “ Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk yang seenaknya melakukan zina seperti himar( keldai).    Maka pada zaman mereka itulah kiamat akan datang.” 

 Dengar kata, zina di Malaysia semakin maju? Apa tidaknya, kes buang bayi semakin tidak dapat dikawal. Seakan-akan perbuatan zina sudah menjadi suatu kebiasaan bagi umat islam. 
Cuba kita tanya orang ramai di Malaysia, siapakah yang menjuarai carta kes zina? Siapa pula yang selalu mendapat top 10 dalam acara rempit? 
Siapa pula yang menang berturut2 tanpa bertanding dalam hal2 berkaitan dadah? Dan siapa pula yang sering mendapat kedudukan tertinggi dalam kes sumbang mahram dan minum arak? 
 Sebenarnya, terlalu banyak perkara sumbang apatah lagi dilarang oleh islam itu sendiri seakan2 sudah mjadi rutin umat islam pada hari ini.

Jika dilihat apa yang dikatakan oleh Nabi, seolah2 merujuk pada zaman ini. Sudahlah melakukan zina, ditambah pula membunuh bayi yang tidak berdosa. 
Dimana sifat perikemanusiaan itu? Binatang juga tahu myayangi anaknya walaupun tidak dikurniakan keistimewaan seperti manusia, mengapa manusia yang telah sempurna sifat dan akalnya boleh bertindak sdemikian? 

Sampai bila bayi kecil tidak berdosa ini menanggung ksengsaraan akibat ‘cinta suci’mereka yang tidak bertanggungjawab? 

 Biar betul Malaysia ni? Zina dah jadi satu benda biasa? 




(4)  Ramai pemuda islam yang ‘lemah’. 

Betul ke lemah…? Dulu, ramai pejuang2 islam yang gagah semasa berada di medan perang. 
Mereka seperti singa lapar yang ingin mbaham mangsanya. 

 Muhammad S.A.W., Khalid Al-Walid, Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Abu Bakar dan Hamzah ibn Al-muthalib. 

Mereka sibuk membina kekuatan untuk mengalahkan musuh islam. Kekuatan jasad mereka melambangkan keperibadian yang teguh serta mcerminkan semangat jihad yang tinggi utk berjuang di jalan Allah bagi mpertahankan agama yang mulia. 
Hebatkan pemuda islam dahulu? Mereka mggunakan tenaga mereka utk bjuang dijalan Allah. Mereka terus berusaha, usaha dan berusaha sehingga tertegaknya islam yang suci ini. Tetapi itu dulu. 

Sekarang, apa yang telah terjadi pada umat islam hari ini? Dimana pemuda2 islam hari ini mhabiskan masa dan usia muda mereka ? 

      “ Islam di Malaysia bukannya tiada langsung “
 “ Kan kita dah ada banyak masjid “ 
      “ Tu ada imam muda tu, ok lah tu . Tv pun taklah teruk sangat “ 
“ Kelas-kelas mengaji banyak seluruh Malaysia “ 
      “ Don’t worry. Kita masih ok. “ 
“ Ceramah kan ada setiap minggu. Islamic kan cukup. “ 

Beginilah antaranya luahan-luahan hati sesetengah umat islam di Malaysia. Jika di fikir-fikirkan dgn teliti dan mdalam, adakah kita dah cukup islamik sbgmana komen2 di atas? Jika cukup, mengapa masih berlaku perkara2 negatif yang semakin hari semakin parah kerana merasa cara hidup islam tidak lagi berkenaan dihati utk dilaksanakan? 




 (5) Tidak peduli akan realiti 1,2,3 dan 4. 

 “ Perlukah aku peduli umat islam yang semakin hancur?”

   “ Perlukah aku peduli aurat orang lain tak sempurna? “ 
 “Perlukah aku kisah jika orang lain melakukan zina?” 
    “ Perlukah aku kisah umat islam semakin lemah?” 
“ Perlukah aku kisah semua itu?” 

“ Ya! Aku perlu peduli semua tu! “ 

Aku tidak ingin umat islam lemah. Belum terlambat utk kita berubah. Aku ingin kita semua berubah dan mengubah. Berbaloikah kita ketawa di dunia tetapi menangis mjerit di akhirat akibat kesalahan sdiri? 

 “ Dihiaskan ( dan dijadikan indah ) kepada manusia ; kesukaan kepada benda-benda yang di ingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, dan harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda dan terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman, semuanya itu kesenangan hidup di dunia. Dan ( ingatlah ), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya ( syurga ). “ 
                                                                                                             (surah Ali-‘Imran:14 ) 

Perubahan kearah kebaikan tidak akan mjadi sia-sia. Wahai umat, kembalilah kepada Al-Quran.